Sokongan ChatGPT Melalui WhatsApp Akan Ditamatkan Selepas 15 Januari 2026

TechnologyDigital
22 Oct 2025 • 11:22 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

ChatGPT tidak lagi boleh digunakan melalui WhatsApp selepas 15 Januari 2026. Perkara ini didedahkan oleh OpenAI melalui ciapan rasmi di X (sebelum ini Twitter) yang turut menjelaskan sebab penamatannya.

image is not available

Menurut mereka, Meta telah mengubah dasar integrasi pihak ketiga, dan akibatnya nombor 1-800-ChatGPT tidak lagi disokong di platform WhatsApp selepas tarikh tersebut. Meskipun perubahan ini mungkin mempengaruhi cara sesetengah pengguna berinteraksi dengan ChatGPT namun masih terdapat alternatif lain yang lebih mudah dan lengkap untuk terus mengakses perkhidmatan ini.

image is not available

Contohnya, pengguna boleh memuat turun aplikasi ChatGPT di iOS, Android, Windows atau Mac untuk pengalaman yang mudah dan selesa. ChatGPT juga boleh diakses melalui laman web rasmi di mana-mana pelayar dan tersedia secara terbina dalam bagi pengguna Microsoft Edge. Dengan platfrom rasmi juga pengguna akan mendapat ciri tambahan seperti sejarah perbualan, mod suara, dan sokongan fail.

Untuk rekod, sokongan ChatGPT melalui WhatsApp telah diperkenalkan sejak tahun 2024. Melaluinya, pengguna boleh membuat panggilan suara ke talian khusus menggunakan WhatsApp serta menghantar mesej dan menerima maklum balas secara langsung daripada ChatGPT.