Sokongan golongan muda kepada GRS melonjak di Lamag - Masiung Banah

LocalPolitics
24 Nov 2025 • 9:00 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Masiung yakin GRS akan membentuk kerajaan Sabah.

KOTA KINABALU - Sokongan dan sentimen pengundi terutama golongan muda kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) semakin melonjak termasuk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag.

Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat, Datuk Masiung Banah berkata, selama membuat jelajah membantu rakan berkempen di beberapa DUN termasuk Lamag wujud fenomena agak berlainan dengan sebelumnya.

Menurutnya, ada satu situasi penyokong berpihak kepada GRS.

"Disebabkan GRS parti tempatan dan juga parti memerintah selama lima tahun, nampak kecenderungan rakyat itu berpihak kepada GRS.

"Selain parti tempatan, selama GRS memerintah banyak faedah yang rakyat dapat.

"Faedah pertama kestabilan politik, dan tidak ada pergolakan politik yang menjejaskan perpaduan," katanya dalam sidang media selepas melawat Pusat Media sempena Pilihan Raya Negeri ke-17 Sabah di Sandakan, pada Ahad.

Justeru, beliau yakin bahawa GRS akan membentuk kerajaan Sabah pada 29 November ini.