Sokongan Kemaskini Untuk Windows 11 Versi 22H2 Kini Ditamatkan

TechnologyDigital
9 Oct 2024 • 2:35 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kemaskini sistem operasi Microsoft Windows 11 terbaru, iaitu Windows 11 24H2 baru sahaja dilancarkan beberapa hari yang lalu. Ia memperlihatkan pelbagai ciri-ciri dan kemaskini antaramuka dan penggunaan yang baru, disamping memperkenalkan kembali ciri AI Microsoft Recall yang sebelum ini telah untuk memperbaiki pelbagai isu berkenaan keselamatan data pengguna.

Baru-baru ini, Microsoft telah mengesahkan bahawa untuk sistem operasi Windows 11 versi 22H2 edisi Home, Pro, Pro Education, Pro for Workstations dan SE telahpun menerima kemaskini terakhir melalui kemaskini Oktober 2024 yang juga dikeluarkan baru-baru ini.

Untuk meneruskan kemaskini sekuriti berkala, para pengguna Windows 11 versi lama ini, termasuklah 22H2 dan 21H2 untuk menaiktarafkan sistem operasi mereka ke sekurang-kurangnya versi 23H2. Untuk ini, Microsoft akan memperlihatkan notis untuk menaiktarafkan sistem operasi mereka ke versi baru secara berkala.

Dalam pada itu, Microsoft juga telah mengeluarkan satu senarai berkenaan perkhidmatan-perkhidmatan IT mereka yang akan ditamatkan sokongannya menjelang penghujung tahun ini.