Sokongan Membara RCB Untuk Damok Di MotoGP Malaysia

18 Sep 2022 • 12:38 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Syarifuddin Azman atau lebih dikenali sebagai Damok - Gambar Fail Bernama

KUALA LUMPUR - Pelumba muda negara, Syarifuddin Azman atau lebih dikenali sebagai Damok bakal beraksi dalam dalam kejohanan penting di Petronas Grand Prix Of Malaysia 2022, tidak lama lagi. 

Apa yang menarik,  jenama terulung RCB (dahulu dikenali sebagai Racing Boy) yang merupakan produk-produk sokongan prestasi motosikal keluaran Meng Kah Auto Parts Trading Sdn Bhd (MKA) turut menjanjikan sokongan padu buatnya. 

Ini pasti akan membakarkan lagi semangat Damok untuk mencatat keputusan cemerlang pada penampilannya atas tiket ‘wildcard’ dalam kelas Moto3.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MKA, Encik Bruce Lee Cong Quan, yang turut mengajak para peminat sukan lumba motosikal seluruh negara untuk bersama-sama menyokong Damok beramai-ramai di Sepang. 

image is not available
Syarifuddin Azman ketika menjadi juara saingan CEV Moto3 Remaja Dunia tahun lalu - Gambar SIC

“Kami akur bahawa saingan Moto3 dunia ini adalah cukup sengit dan kompetitif. Namun, RCB yakin dengan sokongan padu yang diberikan oleh kami dan puluhan ribu penyokong tempatan di Sepang, Damok mampu membuat keajaiban dan membanggakan kita semua,” tambah Lee.

Damok akan beraksi di Petronas Grand Prix Of Malaysia 2022  di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 21 hingga 23 Oktober ini dan ketika ini, dia sedang menumpukan setiap sesi latihan sebelum tiba tarikh perlumbaan.

Damok yang berusia 21 tahun dan bersaing dalam Kejuaraan Junior GP Dunia, mencatat keputusan memberangsangkan pada kejuaraan tersebut dengan meletakkan dirinya di kalangan para pelumba utama termasuk mencatat tiga keputusan podium musim ini. Setakat ini dia sudah mengumpul 107 mata dan menduduki tempat ketiga keseluruhan.

SIC Racing dan Damok Serta RCB turut menyokong para pelumba tempatan bersaing di pentas antarabangsa seperti Hafizh Syahrin Abdullah dalam Kejuaraan Superbike Dunia dan Kasma Daniel Kasmayudin, yang bersaing dalam siri Asia Road Racing Championship dan Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS. - Getaran, 18 September 2022