Sokongan Terhadap Palestin Di Universiti AS Masih Membara

24 Apr 2024 • 8:59 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Tangkap layar antara pelajar Universiti Yale yang ditahan kerana berkhemah dan mengadakan protes di Plaza Beinecke di kampus universiti itu. - gambar media sosial

Suara pelajar di university seluruh Amerika Syarikat (AS) yang menyokong Palestin masih lagi kuat biarpun genosid terkini yang dimulakan rejim Israel pada 7 Oktober lalu sudah hampir memasuki bulan ke tujuh.

Mereka malah tidak teragak-agak untuk meneruskan protes dan berkhemah di Plaza Beinecke, dalam kampus Universiti Yale, sejak malam Jumaat lalu, biarpun berdepan tindakan keras daripada pihak universiti dan pihak berkuasa.

Media di AS melaporkan, kumpulan pelajar berkenaan yang menggelar diri mereka Occupy Beinecke, mendesak pengurusan universiti itu mendedahkan pembabitannya dalam pembuatan senjara ketenteraan, dan menghentikannya.

Melalui satu rakaman video yang tersebar melalui media sosial, seramai 47 pelajar yang berkhemah itu ditahan pihak berkuasa.

Plaza Beinecke bukan lokasi asing untuk protes yang dilakukan pelajar kerana ia pernah menjadi pusat tumpuan sekitar tahun 1980an ketika bantahan terhadap sistem apartheid yang dilaksanakan di Afrika Selatan. – Getaran, 24 April 2024

@getaranmy Protes Pro-Palestin juga dianjurkan di beberapa universiti berprestij lain di Amerika termasuk Columbia University dan University of Michigan baru-baru ini. #getaranmy #viral ♬ original sound - Getaran