Sokongan Windows 10 Dilanjutkan Setahun Lagi Ke Oktober 2027

Technology
26 Jun 2026 • 9:38 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sokongan Windows 10 Dilanjutkan Setahun Lagi Ke Oktober 2027

Pada 14 Oktober 2025, sokongan untuk Windows 10 telah ditamatkan secara rasmi oleh Microsoft. PC dengan Windows 10 masih boleh digunakan seperti biasa tetapi tidak lagi akan menerima sebarang kemas kini ciri-ciri baharu ataupun tampalan sekuriti. Microsoft sekadar mengatakan hanya kemas kini sekuriti diberikan sehingga 13 Oktober 2026. Tetapi pagi ini Microsoft secara rasmi mengatakan sokongan Windows 10 ESU (Extended Security Updates) akan dilanjutkan pula sehingga 12 Oktober 2027

Image from: Sokongan Windows 10 Dilanjutkan Setahun Lagi Ke Oktober 2027

Pengguna dengan kelengkapan yang memenuhi kelayakan minima digalakkan untuk menaiktaraf sistem operasi ke Windows 11 dengan segara. Pemilik PC Windows 10 perlu membayar $30 dolar atau menerima kemas kini percuma dengan melakukan sandaran fail ke OneDrive atau menebus menggunakan 1000 markah Microsoft Points. Semua ini boleh dilakukan menerusi Settings > Update and Security > Windows Update > Enroll now .

Tindakan Microsoft menamatkan sokongan Windows 10 sebelum ini menerima kritikan kerana sekitar 41% PC di dunia masih lagi menggunakan sistem operasi yang dilancarkan lebih 10 tahun lalu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved