
Pensyarah Fiqh Fatwa Makanan dan Kepenggunaan Semasa, Pusat Kajian Syariah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Kashim tampil menjelaskan kekeliruan orang ramai berhubung isu kesahihan solat Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang tular gambarnya di media sosial.
Menurut beliau, solat Datuk Seri Siti Nurhaliza adalah sah kerana penyanyi itu telah menutup aurat dengan sempurna ketika menunaikan ibadah tersebut.
“Solat DS Siti SAH. Beliau telah tutup aurat untuk solat. Telekung bukan syarat sah solat. Telekung hanya budaya, bukan rukun atau syarat sah solat,” jelasnya bagi menjawab persoalan yang tular di media sosial.
Beliau memetik pandangan Imam al-Nawawi dalam kitab al-Majmu‘ daripada mazhab Syafie yang menyatakan bahawa wajah ialah kawasan antara tempat tumbuh rambut kepala hingga ke bawah dagu (yang belum masuk kawasan leher), serta dari telinga ke telinga.
Baca juga:
Masjid At-Taqwa TTDI nafi dakwaan diboikot
‘Solat Siti Nurhaliza sah, telekung bukan syarat’ – Dr Izhar Ariff
Watak Ustaz Azhar Idrus kini diangkat jadi animasi
“Wajah ialah antara tempat tumbuh rambut kepala hingga ke bawah dagu (yang nampak leher) dan dari telinga ke telinga.
“Ini bermaksud bahagian luar dagu termasuk dalam kategori muka dan tidak wajib ditutup ketika solat. Namun, bahagian bawah dagu yang sudah masuk kawasan leher adalah bukan muka dan wajib ditutup,” jelasnya.
SITI NURHALIZA performed the Tarawih prayers in conjunction with Majlis Berbuka Puasa with the Prime Minister, alongside the launch of Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan at Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. https://t.co/1BKtZRMQ9b pic.twitter.com/BC8lu4OMdJ
Walau bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa perkara tersebut turut mempunyai perbezaan pandangan (khilaf) dalam kalangan ulama.
Terdahulu, tular gambar Siti Nurhaliza yang mengenakan jubah ketika menunaikan solat sunat Tarawih di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pemakaian berkenaan menimbulkan persoalan ramai adakah sah solat beliau.
The post ‘Solat Siti Nurhaliza sah, telekung bukan syarat’ – Dr Izhar Ariff appeared first on The Reporter.




