“Solat tak boleh dijadikan bahan hiburan murahan” – Menteri Agama Tegur Stesen Radio

LocalPolitics
27 Nov 2026 • 12:41 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft menteri agama tegur

Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai satu kandungan tular daripada sebuah stesen radio tempatan yang dilihat mengaitkan ibadah solat dengan perlawanan kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL).

Tindakan tersebut ternyata mengundang rasa kurang senang ramai pihak sehingga mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Bin Hasan.

Menerusi satu kenyataan media rasmi yang dikeluarkan hari ini, Dr. Zulkifli tampil memberikan teguran keras terhadap kandungan sensitif tersebut dan menegaskan bahawa ibadah solat merupakan tiang agama serta syiar suci umat Islam yang wajib dipelihara kemuliaannya.

Solat tidak boleh dibuat sebagai bahan hiburan murahan

Screenshot 2026 11 27 115029

Menurut beliau, perkara suci dalam agama sama sekali tidak boleh dijadikan bahan jenaka, hiburan murahan, mahupun elemen parodi dalam apa jua bentuk penyiaran.

“Kebebasan berkarya dan bersuara tidak sesekali menghalalkan tindakan mempersendakan ritual ibadah atau menyentuh perkara asas akidah yang boleh mengundang kemarahan serta menggugat ketenteraman awam.”

Screenshot 2026 11 27 110649

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan semua pengamal media serta pencipta kandungan di negara ini agar sentiasa peka terhadap sensitiviti keagamaan dan mematuhi garis panduan penyiaran yang ditetapkan demi memelihara keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama.

Digesa mohon maaf secara terbuka

Susulan insiden berkenaan, pihak pengurusan stesen radio terbabit telah digesa untuk mengambil tiga tindakan segera iaitu memastikan pihak terlibat menurunkan kandungan tersebut dengan serta-merta, membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam dan memastikan perkara seumpama ini tidak lagi berulang pada masa hadapan.

Mengakhiri kenyataannya, beliau menyeru orang ramai agar bersama-sama memelihara adab, saling menghormati kesucian agama, dan menjadikan platform media sebagai wadah yang mendidik serta menyatupadukan masyarakat.

Fly FM mohon maaf

Berikutan dengan kejadian tersebut, hari ini, pihak stesen radio tersebut iaitu Fly FM telah tampil membuat permohonan maaf, menerusi satu video di Instagram milik mereka. Penyampai radio, Ean Nasrun mengakui  kesilapan itu dan mahu bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang berlaku.

“Kami benar-benar minta maaf. Perkara seperti ini tidak sepatutnya terlepas pandang, kami sedar. Agama tidak boleh sesekali menjadi sebahagian daripada kandungan kami seperti yang diperkatakan.”

Sumber: Threads, Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved