“Sombong Nak M*mpus!” – Ahli Politik Guna Lagu Amir Jahari Didakwa Mohon Maaf Tapi ‘Perli Kaw-Kaw’ Pemilik Lagu

11 Mar 2023 • 9:38 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang ahli politik merangkap Naib Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin tampil memohon maaf kepada Amir Jahari gara-gara menggunakan lagu ciptaannya, Hasrat sebagai lagu latar sebuah video berunsur politik dan sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin susulan pendakwaan rasuah baru-baru ini.

Dalam permohonan maaf itu, Mas berkata dia sedia menurunkan semula hantaran lagu itu dan menggantikan dengan lagu lain seperti lagu nasyid atau lagu Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Amir Jahari Music saya mohon maaf. Saya akan turunkan post saya dan letak lagu nasyid atau Siti Nurhaliza, artis yang tidak kisah kalau nak pakai lagu dia untuk sosial, kebajikan dan politik.

Mas dalam pada itu turut memberi pesanan kepada Amir Jahari agar meletakkan sebarang notis terhadap lagunya mengenai kandungan hak cipta.

Kalau kamu tak suka karya kamu itu tidak suka jika digunakan oleh orang politik, letak “jangan guna lagu aku kalau kamu nak guna untuk tujuan politik”, jangan bila saya dah post, baru nak letak begitu.

Dalam pada itu, Mas juga mendakwa Amir Jahari tidak membenarkan penggunaan lagu itu kerana status dirinya sebagai Ahli Parlimen pembangkang.

Terdahulu, Amir Jahari memohon agar Ahli Parlimen Masjid Tanah itu untuk menurunkan video yang mempunyai lagu miliknya yang berjudul ‘Hasrat’ dalam sebuah video berunsur politik.

Bekas pengurus Amir, Joe Lee juga meminta Mas untuk memadam lagu tersebut yang telah digunakan tanpa izin.

image is not available 22 jam lalu

"Aset Kau Tu Dah La Besar" - Pakai Baju Nampak Tersembul 'Benjolan', Penampilan Watie Hanifiah Jadi Kecaman Netizen