
PASANGAN pelakon Korea Selatan, Son Ye Jin dan Hyun Bin menyambut kelahiran anak sulung mereka.
Allkpop melaporkan agensi Msteem Entertainment mengesahkan aktres berusia 40 tahun itu selamat melahirkan bayi lelakinya pada 27 November lalu.
Pelakon yang pernah dinobatkan wanita paling jelita 2021 itu dijadualkan bersalin pada awal Disember 2022. Namun, nampaknya si kecil Hyun Bin Junior tidak sabar untuk menemui ibu bapa lebih awal!

Oleh kerana kelahiran yang awal, Hyun Bin dilaporkan terlepas peluang berada di sisi isteri tersayang semasa proses bersalin.
Hyun Bin dikhabarkan berada di Mongolia bagi penggambaran filem terbarunya, Harbin.

Baca juga: Majlis kahwin ‘trending’di sosial media, berikut 10 fakta ringkas pernikahan Hyun Bin, Son Ye Jin
Aktor berkenaan hanya pulang ke Korea Selatan pada 28 November lalu untuk menemui permata hati dan isteri tersayang.
Son Ye Jin dan Hyun Bin melangsungkan perkahwinan mereka awal bulan Mac tahun setelah bercinta secara terbuka selama kira-kira setahun dua bulan.

Pada bulan Jun, pasangan romantis itu mengesahkan berita kehamilan anak pertama.
Dua minggu lalu, Hyun Bin berkongsi foto majlis menyambut kelahiran bayi (baby shower) yang diadakan dan mengumumkan bakal menerima kehadiran anak lelaki.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan
The post Son Ye Jin selamat lahirkan anak sulung lelaki, Hyun Bin ‘shooting’ di Mongolia bergegas pulang appeared first on Sinar Plus.

