Song Joong Ki Gembira Timang Anak Kedua, Isteri Selamat Lahir Bayi Perempuan

EntertainmentLifestyle
21 Nov 2024 • 12:46 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Setahun selepas menimang cahaya mata pertama, pelakon Song Joong Ki dan isteri, Katy Louise Saunders, selamat menimang kelahiran cahaya mata kedua mereka, semalam.

Memetik laporan Soompi, pelakon berusia 34 tahun itu menyampaikan khabar gembira itu melalui kumpulan sembang di platform Reddit dengan peminatnya.

image is not available

Foto: Carian Google

“Saat ini saya sedang berada di Rome, Itali, sama seperti setahun lalu saya di sini bertemu dengan anak pertama.

“Dengan rasa penuh syukur saya mengumumkan bahawa kami telah dikurniakan anak kedua yang amat indah.

“Puteri tercinta kami telah lahir dalam keadaan sihat,” katanya.

image is not available

Foto: Instagram @thesongjoongki

Memetik laporan Times News Now, syarikat pengurusan Joong Ki, iaitu HighZium Studios turut mengesahkan berita kelahiran anak kedua aktor tersebut.

“Song Joong Ki menyambut bayi perempuan ke dunia hari ini (semalam). Terima kasih kepada semua yang mengirimkan pesanan selamat, doa dan sokongan untuknya,” kata agensi berkenaan.

Tambah Joong Ki lagi, ini merupakan hadiah kedua paling berharga yang diberikan kepadanya dan isteri kerana melahirkan seorang cahaya mata perempuan.

Impian terbesar Joong Ki adalah untuk mewujudkan keluarga besar yang bahagia sepanjang hidup.

Pada 14 Jun tahun lalu, bintang drama Descendants of the Sun itu menimang cahaya mata lelaki yang dilahirkan di Itali.

image is not available

Foto: Instagram @thesongjoongki

Untuk rekod, Joong Ki dan Katy mendirikan rumah tangga pada Januari 2023.

image is not available

Foto: Carian Google

Aktor itu juga pernah berkahwin dengan aktres terkenal, iaitu Song Hye Kyo yang juga pelakon gandingannya dalam Descendent of the Sun pada 2017, namun rumah tangga mereka tidak kekal lama.

Pasangan itu mengumumkan penceraian mereka pada Julai 2019.

Sumber: Soompi