Sonny Bill Williams bertemu pelajar MCKK

23 Feb 2024 • 7:25 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sekolah yang terkenal kerana kecemerlangan akademik dan sukan, termasuk ragbi itu menjadi antara lokasi persinggahan Williams semasa beliau berada di Malaysia. Foto Instagram/@sonnybillwilliams

PULUHAN pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pasti tidak dapat melupakan kenangan, yang mungkin menjadi antara detik indah dalam kehidupan mereka.

Mana tidaknya, legenda ragbi dunia dan New Zealand, Sonny Bill Williams yang dalam rangka lawatan ke Malaysia sempat meluangkan masa melawat sekolah berprestij tersebut.

Sekolah yang terkenal kerana kecemerlangan akademik dan sukan termasuk ragbi itu, menjadi antara lokasi persinggahan Williams semasa beliau berada di Malaysia.

Beberapa pelajar kemudian mempersembahkan ‘haka’ di hadapan Williams yang turut sama dilihat teruja dengan persembahan itu.

“Hari bermakna bersama adik-adik dari Kolej Melayu Kuala Kangsar di Perak.

“Kami mendalami perbincangan mengenai sukan, iman, dan cara memupuk pertumbuhan minda dengan standard yang tinggi.

“Alhamdullilah untuk kehidupan ini dan itu adalah keberkatan,” tulisnya di laman Instagram beliau. - Awani

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved