Sonos Arc, Arc SL, Beam Gen 2 Dan Era 300 Kini Menyokong Audio Spatial Apple Music

TechnologyDigital
29 Mar 2023 • 12:47 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sonos baru-baru ini telah melancarkan dua speaker baharu iaitu Era 100 dan Era 300. Model mercu mereka iaitu Era 300 menyokong audio Dolby Atmos dan juga audio spatial sama seperti Beam Gen 2, Arc dan Arc SL.

Seperti yang mereka janjikan sebelum ini, beberapa speaker Sonos akan menyokong penstriman Apple Music pada kualiti Dolby Atmos dan audio spatial. Selama ini format audio ini hanya boleh digunakan pada produk Apple sahaja dan ini adalah kali pertama sokongan dua ciri ini dikembangkan kepada produk bukan Apple.

image is not available

Dalam aplikasi Sonos versi 15.2 pengguna kini boleh terus sambungkan Apple Music dan menikmati kualiti audio spatial dengan Dolby Atmos pada Sonos Arc, Arc SL, Beam Gen 2 dan Era 300.