Sonos, jenama audio terkemuka dari Amerika Syarikat baru-baru ini telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan sejumlah siri produk-produk baharu (untuk mereka) pada tahun 2024 kelak.
Apa yang menarik mengenai pengumuman ini ialah menurut CEO Sonos, Patrick Spence, pengumuman yang akan dibuat tahun hadapan adalah satu permulaan untuk sejumlah siri produk baru yang juga akan dilancarkan di tahun-tahun akan datang, jadi ia mungkin bukan satu kejutan jika Sonos dilihat mahu melancarkan produk-produk audio yang mereka tidak pernah perlihatkan lagi sebelum ini.

Mereka tidak mengesahkan produk-produk yang akan dilancarkan, tetapi sebagai sebuah jenama audio yang terkenal untuk siri pembesar suara pelbagai saiz mereka, Sonos mungkin akan memperlihatkan fon telinga dan fon kepala pula pada tahun 2024 kelak.
Malah, Spence mengatakan bahawa beliau yakin bahawa Sonos boleh menjana pendapatan sebanyak $100 juta berdasarkan produk-produk baru ini sahaja. Ia mungkin sebahagian daripada pengambilalihan syarikat teknologi audio Mayht yang berlaku pada 2022 lalu.

Sonos dilihat masih mempunyai beberapa produk yang mungkin akan hadir dengan kemaskini baru pada tahun hadapan, tetapi jika mereka akan melancarkan produk baru, ia tidak mengejutkan jika kita benar-benar akan lihat fon telinga IEM dan fon kepala audiofil daripada mereka tidak lama lagi.
