Ini Adalah Latar Masa Kemaskini ColorOS 14 Berasaskan Android 14 Untuk Peranti Oppo

TechnologyDigital
16 Nov 2023 • 3:13 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pelancar baharu ColorOS 14 telah diumumkan pada hari ini. Melaluinya Oppo dilihat memberi tumpuan dalam pelbagai aspek termasuk kecekapan, prestasi dan keselamatan lebih baik. Bersama-sama Oppo turut mengumumkan latar masa bilakan peranti keluaran mereka akan menerima kemaskini versi beta tersebut. Melaluinya pelancar telah mula diberikan kepada pengguna Find X5 Pro, Find X5, Reno10 Pro+ 5G, Reno8 Pro 5G dan A77 sejak Oktober yang lalu.

image is not available

Ia kemudiannya diteruskan pula dengan Reno X3 Pro 5G, Reno 10 Pro 5G, Reno10 5G, Reno8 5G , Reno8T 5G, Reno8, Reno8T, Reno7, Reno F24 5G, Reno F21s Pro 5G, Reno F21 Pro, Reno A98 5G, Reno A78 5G dan Reno A77s pula pada November 2023. Seterusnya K10 5G dan A77 5G pada Disember 2023, sementara itu A78 serta A58 pula pada Januari 2024. Akhir sekali Reno8 Z 5G, Reno F21s Pro 5G dan A96 5G pula menjelang April 2024.

Turut dimaklumkan bahawa Find N2 Flip akan menjadi peranti terawal yang akan menerima ColorOS versi global rasmi kelak.