Sony Mengacah Kehadiran Peranti Xperia Baharu Pada 1 September

TechnologyDigital
25 Aug 2023 • 5:50 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Nampaknya Sony tidak hanya dalam persediaan hadir dengan kamera baharu. Malahan peranti pintar baharu juga apabila kehadirannya kini mula diacah menerusi pengumuman di media sosial rasmi.

image is not available

Ia merupakan pelancaran untuk peranti di bawah siri Xperia yang dijadualkan berlangsung pada 1 September 2023. Ucaptama pelancaran turut boleh disaksikan menerusi laman YouTube rasmi Sony, namun butiran lanjut mengenai peranti masih samar-samar buat masa ini.

Meskipun demikian, penawaran baharu ini diyakini dapat meneruskan legasi siri tersebut dengan teknologi lebih mengagumkan. Dalam masa sama Sony juga dilihat turut menjanjikan sesuatu lebih menarik dan interaktif melaluinya yang dikatakan berpotensi mencipta pengalaman lebih baik.