Sony AFEELA 1 Ialah Kereta Pertama Dengan Sokongan PlayStation Remote Play

TechnologyCars
22 Dec 2025 • 8:15 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Meletakkan konsol dalam kereta bukan idea baharu dengan babak seorang pemandu bermain Gran Turismo sebelum berentap degan Dominic Toretto ada dipaparkan dalam filem The Fast and The Furious. Tetapi ini memerlukan konsol dipasang terus dalam kenderaan. Sony kini mengesahkan EV pertama mereka Sony AFEELA 1 ialah kenderaan pertama di dunia yang mempunyai sokongan PlayStation Remote Play secara terbina,

image is not available

Pemilik Sony AFEELA 1 yang dilancarkan awal tahun ini boleh menstrim permainan daripada konsol PlayStation 5 dan PlayStation 4 di rumah terus ke sistem infohibur kenderaan. Sony mengatakan kelajuan sambungan minimum internet 5MB diperlukan dengan 15MB diperlukan untuk pengalaman yang terbaik.

Sony AFEELA 1 ditawarkan dalam dua model iaitu AFEELA 1 Origin pada harga $89.900 (~RM 366,000) dan AFEELA 1 Signature $102,9000 (~RM 419,000) sebuah. Signature akan tiba ke tangan pembeli pada pertengahan tahun 2026 sementara Origin pula bermula 2027.