Sony Akan Naikkan Harga PS5 Susulan Perkembangan Ekonomi Global

Business & Finance
26 Aug 2022 • 4:05 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Sony akan menaikkan harga runcit konsol permainan video PlayStation 5 di beberapa pasaran terpilih - Gambar AFP

Sony akan menaikkan harga runcit konsol permainan video PlayStation 5 di beberapa pasaran terpilih susulan perkembangan ekonomi global seperti inflasi, kata Ketua Pegawai Eksekutif Sony Interactive Entertainment pada Khamis.

"Kami menyaksikan kadar inflasi global yang tinggi, serta aliran mata wang yang rendah, memberi kesan kepada pengguna dan mewujudkan tekanan terhadap pelbagai industri," tulis Jim Ryan dalam blog, menurut Agensi Anadolu (AA).

Kenaikan harga hanya akan dikenakan di pasaran terpilih di seluruh Eropah, Timur Tengah dan Afrika, Asia-Pasifik, Amerika Latin dan Kanada, namun tiada peningkatan harga runcit di Amerika Syarikat. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved