Sony ECM-G1, mikrofon vlog superkompak untuk kamera anda

Digital
14 Jul 2022 • 10:08 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Sony memperkenalkan satu produk baharu yang membawakan solusi kepada audio sewaktu anda ber-vlog menggunakan kamera mereka. Sony ECM-G1 adalah mikrofon jenis shotgun yang mempunyai pola mendengar superkardiod.

image is not available

Mikrofon ini memfokuskan mengutip audio daripada depan sahaja, tempat yang sebahagian besar waktunya, subjek berada. Katanya, mikrofon ini ditala untuk lebih sensitif terhadap frekuensi suara manusia untuk hasil vlog yang lebih baik.

image is not available

Untuk beroperasi, ECM-G1 perlu disangkutkan pada bahagian hotshoe kamera Sony dan melalaui sambungan Multi Interface (MI), tiada sebarang kabel tambahan diperlukan untuk mula beroperasi. Sekiranya mikrofon ini ingin digunakan pada peralatan bukan Sony, jek audio keluar 3.5mm boleh dimanfaatkan untuk menyalurkan audio kepada sasaran.

image is not available

Di pasaran A.S Sony ECM-G1 dijual pada harga USD150 (~RM666) dan ia akan mula dijual dalam bulan Ogos 2022 nanti. Harganya agak "keras" untuk sebuah mikrofon kompak. Mungkin anda membayar premium untuk setup yang lebih kemas.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved