Sony HT-AX7 Kini Boleh Dipratempah Di Malaysia Pada Harga RM2,299

TechnologyDigital
19 Sep 2023 • 6:59 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kemaskini baharu Sony memaklumkan bahawa pratempah untuk set teater rumah mudah alih HT-AX7 telah dibuka di Malaysia. Dijual pada harga RM2,299, anda yang berminat boleh membuat pratempah sehingga 30 November 2023 menerusi kedai atas talian rasmi Sony Malaysia. Turut diberikan adalah Limited Edition Leather Carrying Case sebagai hadiah percuma.

image is not available

Sony HT-AX7 ialah sistem pembesar suara bluetooth yang boleh dikostumasi untuk mencipta kualiti bunyi yang lebih baik. Melaluinya teknologi Protable Thather System dengan 360 Spatial Mapping digunakan, yang membolehkan pengguna menikmati pengalaman audio maya daripada kesemua arah. Fungsi ini juga dikatakan boleh mengubah audio stereo untuk pengalaman lebih baik.

image is not available

Selain itu pemacu audio berteknologi X Balanced dan amplier amplifier S-Master juga digunakan, di samping sokongan CODED SBC dan AAC. Sambungan adalah menerusi Bluetooth 5.2 yang juga menyokong sambungan pintar untuk dua peranti secara serentak dengan kawalan yang boleh dibuat menerusi aplikasi Sony Home Entertain Connect.

image is not available

Bateri disertakan boleh bertahan sehingga 30 jam dengan pengecasan penuh. Sementara itu pengecasan selama 10 minit pula boleh menawarkan masa main baik sekitar 2.5 jam.