Sony INZONE M10S II Dilancarkan Dengan Skrin 27″ OLED 540Hz

TechnologyGaming
15 Apr 2026 • 1:59 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selain fon telinga Inzone terkini, Sony juga melancarkan monitor gaming Sony INZONE M10S II yang hadir dengan skrin 27″ OLED, resolusi QHD dan kadar segar semula 540Hz. Ini adalah peningkatan daripada model pertama yang hanya menyokong sehingga 480Hz.

image is not available

Panel mempunyai sokongan dua mod iaitu QHD sehingga 540Hz atau HD yang membawakan kadar segera lebih tinggi 720Hz. Masa tindak balas pula ialah 0.02 ms. Menerusi teknologi Tandem‑structured OLED kesan kabur pada pergerakan dikurangkan dengan terdapat juga Super Anti‑glare Film untuk mengurangkan silau pantulan cahaya.

image is not available

Teknologi Anti‑VRR Flicker menghapuskan imej nak berkelip ketika VRR diaktifkan sekaligus mengurangkan keletihan pada mata. Monitor dibangunkan dengan kerjasama Fnatic oleh itu mod 24.5″ diberikan untuk esukan serta pratetapan terbina untuk FPS Pro dan FPS Pro+.

Sokongan I/O ialah 2x HMDI 2.1, 1x DP 2.1, 2x USB-A, 1x USB-B, bicu audio 3.5mm dan 1x USB-A untuk kemas kini perisian monitor. Di Amerika Syarikat, dijual pada harga $1,099.99 (~RM 4347) sebuah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved