Razer Blade 16 (2026) Dilancarkan Dengan Cip Panther Lake, RTX 5090 dan Bateri Tahan Lama

TechnologyDigital
26 Mar 2026 • 12:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Razer Blade 16 (2026) dilancarkan pagi ini dengan ia membawakan penambahbaikan pada cip pemproses, kad grafik dan lebih penting sekali ialah bateri yang lebih tahan lama berbanding model tahun lalu.

image is not available

Ia dilengkapi skrin 16″ OLED QHD+ (2560×1600), 240Hz yang menyokong NVIDIA G-SYNC serta melepasi piawaian VESA DisplayHDR TrueBlack 1000. Skrin dipadankan pula dengan cip Intel Core Ultra 9 386H (16 teras, sehingga 4.9 GHz), kad grafik sehingga GeForce RTX 5090 (24 GB GDDR7 VRAM), memori sehingga 64GB RAM LPDDR5X‑9600 MHz dan storan sehingga 2TB PCIe 4.0 NVMe M.2 SSD.

image is not available

Bateri 90 WHr Li-ion yang disertakan menawarkan penggunaan sehingga 13 jam apabila menggunakan aplikasi produktiviti atau sehingga 15 jam menonton video. Kecekapan bateri meningkat sehingga 60% berbanding model 2025. Bateri pula boleh dicas sehingga 80% dalam masa 48 minit.

Sistem audio terdiri daripada 6 pembesar suara (4 tweeter + 2 subwoofer) dengan sistem THX Spatial Audio+ yang menawarkan audio 7.1.4 saluran. Pilihan I/O adalah 3x USB 3.2 Gen 2 Type-A, 1xTB5, 1xTB4, 1x HDMI 2.1 FRL, biuc audio 3.5mm, dan pembaca kad SD UHS‑II. Kesemua ini dimasukkan ke dalam kerangka aluminium setebal 14.9 mm dengan berat sekitar 2.14 kg.

Harga jualan Razer Blade 16 (2026) bermula daripada $3,499.99 (~RM 13,980) sebuah.