Sony Lancarkan Sistem Mikrofon Nirwayar Untuk Bersaing Dengan DJI dan Rode – Harga RM1499

TechnologyDigital
16 Oct 2026 • 2:21 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sony ECM-W5 Wireless Mic System dilancarkan sebagai pesaing DJI, Rode dan Insta360 dalam pasaran mikrofon nirwayar untuk kegunaan rakaman video. Ia terdiri daripada dua pemancar mikrofon ECM-W5T dan satu penerima isyarat nirwayar ECM-W5R.

Image from: Sony Lancarkan Sistem Mikrofon Nirwayar Untuk Bersaing Dengan DJI dan Rode – Harga RM1499

Sony mengatakan ECM-W5 dibangunkan berdasarkan kajian terhadap keperluan pencipta kandungan moden dan pasukan produksi kecil. Fokusnya bukan sekadar kualiti bunyi, tetapi juga untuk menyelesaikan masalah aliran kerja seperti pemantauan audio nirwayar, sandaran rakaman audio dan rakaman menggunakan multi mikrofon.

Ia menyokong Rakaman audio sehingga 96kHz/24-bit, sokongan 48kHz/32-bit float untuk mengurangkan risiko clipping, auto gain, penapis low cut dan kod masa untuk output. Mikrofon mempunyai storan 64GB untuk melakukan sandaran rakaman audio.

Image from: Sony Lancarkan Sistem Mikrofon Nirwayar Untuk Bersaing Dengan DJI dan Rode – Harga RM1499

Mikrofon boleh digunakan dalam lingkungan jarak sehingga 500 meter, menyokong juga Bluetooth LE dan audio turut boleh dipantau menggunakan fon kepala Sony secara nirwayar. Bateri boleh digunakan sehingga 11 jam. Pada penerima, terdapat skrin AMOLED membolehkan pelbagai tetapan audio diubah menggunakan tombol fizikal.

Walaupun dikeluarkan oleh Sony, ECM-W5 serasi digunakan pada kamera digital, kamera gimbal, telefon pintar dan komputer keluaran syarikat lain. Satu set lengkap Sony ECM-W5 dijual pada harga RM 1,499 dengan ia boleh dibeli bermula 30 November depan. Pemancar mikrofon ECM-W5T boleh dibeli berasingan pada harga RM 449 dan penerima isyarat nirwayar ECM-W5R pula pada harga RM 709.

Image from: Sony Lancarkan Sistem Mikrofon Nirwayar Untuk Bersaing Dengan DJI dan Rode – Harga RM1499
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved