Sony Membuang 900 Kakitangan PlayStation Di Seluruh Dunia

TechnologyGamingDigital
27 Feb 2024 • 10:21 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sony mengumumkan mereka akan membuang 900 tenaga kerja yang bersamaan dengan 8% keseluruhan tenaga kerja Sony Interactive Entertainment. Antara yang paling teruk terkesan ialah kakitangan PlayStation Studio London yang akan ditutup sepenuhnya dan pengurangan kakitangan studio Firesprite. Kedua-dua studio terlibat dalam pembangunan permainan realiti maya PS VR2.

image is not available

Turut terkesan ialah kakitangan studio Insomniac Games, Naughty Dog, Guerrilla Games serta pelbagai lagi studio PlayStation di seluruh dunia Ketua PlayStation Jim Ryan mengatakan langkah pengurangan tenaga kerja diambil bagi memastikan kemampanan jangka panjang syarikat dan menyampaikan pengalaman terbaik untuk komuniti PlayStation.

Dalam laporan kewangan terkini Sony baru-baru ini, jualan PlayStation 5 tidak mencapai sasaran 25 juta yang ditetapkan dengan konsol ini dikatakan kini di peringkat akhir kitaran hayat selepas empat tahun dilancarkan. Walaupun berjaya mengalahkan Xbox dalam perang konsol generasi semasa, PlayStation masih tidak mampu menongkah arus cabaran ekonomi yang melanda industri teknologi pasca pandemik.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved