Sony PlayStation VR2 Akan Menyokong PC Tahun Ini

TechnologyGamingDigital
23 Feb 2024 • 5:50 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sony telah mengumumkan set kepala Sony PlayStation VR2 akan boleh digunakan di PC tahun in. Mereka telahpun memulakan ujian bagi menyokong set kepala VR ini di PC. Maklumat lebih lanjut akan dikongsi oleh Sony dalam masa terdekat.

image is not available

Ini ialah langkah yang baik daripada Sony kerana ia akan membuatkan pembelian set kepala berharga RM 2799 ini lebih berbaloi. Jumlah permainan VR di konsol PlayStation 5 masih lagi agak terhad jika dibandingkan dengan yang ditawarkan di PC. Kami sendiri sudah agak lama tidak menggunakan PS VR2 di rumah kerana kekurangan permainan yang menarik.

Sony mula menyedari menyokong lebih banyak platform selain PlayStation ialah langkah yang bijak. Strategi pengenalan permainan Helldivers 2 di PlayStation5 dan PC secara serentak telah memecahkan rekod di Steam minggu lalu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved