Sony Memperkenalkan Produk Audio Baru Dalam Siri ULT Power Sound Dengan Harga Permulaan RM899

TechnologyDigital
16 Jun 2025 • 11:40 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Jika anda seorang penggemar lagu, dan sedang mencari pembesar suara yang hadir bukan sahaja dalam saiz yang padat, tetapi juga tampil dengan kualiti audio yang mantap, Sony Malaysia hari ini telah mengumumkan ketibaan dua produk baru dalam siri aksesori audio ULT Power Sound mereka.

image is not available

Tiga produk ini ialah pembesar suara nirwayar Sony ULT Field 5 dan Sony ULT Field 3. Kedua-dua produk ini hadir dengan rekaan yang padat sesuai untuk keperluan audio yang berbeza. Sony ULT Field 5 direka untuk mereka yang mahukan pembesar suara yang mudah dibawa kemana-mana tetapi tidak mahu berkompromi dengan kualiti audio yang ditawarkan.

image is not available

Sony ULT Field 5 tampil dengan komponen X-Balanced Speaker yang menjanjikan keseimbangan kualiti audio pada tahap treble dan juga bass untuk kualiti bunyi terbaik tidak kira anda berada di kawasan tertutup ataupun terbuka. Pengguna juga diberikan pilihan kualiti bass dengan mod ULT1 dan ULT2 yang menjanjikan kualiti bass yang samada seimbang ataupun berdentum kuat, khususnya jika anda penggembar lagu-lagu genre elektronika tanpa perlu risau mengenai isu bunyi pecah.

image is not available

Sony ULT Field 3 pula tampil dengan rekaan yang lebih padat apabila dibandingkan dengan ULT Field 5, tetapi menjanjikan dentuman bass yang kuat juga dengan mod ULT POWER SOUND. Dari segi jangka-hayat bateri pula, Sony mengatakan bahawa Sony ULT Field 5 boleh digunakan secara berterusan selama 25 jam, manakala Sony ULT Field 3 pula hadir dengan bateri yang boleh bertahan selama 24 jam.

image is not available

Kedua-dua pembesar suara ini juga hadir dengan tali yang memudahkan pembesar suara ini dipegang atau digantung secara sandang, memudahkannya dibawa kemana-mana. Rangka kedua-dua pembesar suara ini juga hadir dalam pilihan warna Off White dan Black, dengan Sony ULT Field 3 hadir juga dalam pilihan warna Forest Green.

Sony Malaysia mengatakan bahawa Sony ULT Field 3 sudahpun mula ditawarkan di pasaran tempatan pada harga RM899, manakala Sony ULT Field 5 akan dijual pada awal bulan Julai 2025 pada harga RM1499.