Aksesori Gaming Razer Phantom Collection Mula Ditawarkan Di Malaysia

TechnologyDigital
6 Jun 2025 • 11:50 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Razer baru-baru ini telah memperkenalkan siri aksesori gaming Razer Phantom Collection yang merupakan olah-semula rekaan kepada sejumlah aksesori gaming terkemuka mereka. Razer telah mengumumkan bahawa siri ini juga telah mula diperkenalkan untuk pasaran Malaysia.

Dalam siri ini termasuklah tetikus Razer Basilisk V3 Pro 35K Phantom Green Edition, papan kekunci Razer BlackWidow V4 75% Phantom Green Edition, fon kepala Razer Barracuda X Chroma Phantom Green Edition dan pad tetikus Razer Firefly V2 Pro Phantom Green Edition.

image is not available

Kesemua produk-produk ini hadir dengan rekaan berwarna hijau metallic dan untuk aksesori seperti Razer Basilisk V3 Pro, Razer Barracuda X Chroma dan Razer BlackWidow V4, ia hadri dengan rekaan lutsinar yang membolehkan anda melihat sedikit ke bahagian dalam aksesori-aksesori ini.

Razer mengatakan bahawa siri aksesori Razer Phantom Collection ini sudahpun mula memasuki pasaran tempatan melalui kedai atas-talian Razer.com, dan akan ditawarkan melalui kedai fizikal pengedar aksesori Razer tidak lama lagi. Tanda harga untuk produk-produk ini adalah seperti berikut:

  • Razer Basilisk V3 Pro 35K – Phantom Green Edition – RM799
  • Razer BlackWidow V4 75% – Phantom Green Edition – RM979
  • Razer Barracuda X Chroma – Phantom Green Edition – RM729
  • Razer Firefly V2 Pro – Phantom Green Edition – RM569