Sony Menjadualkan Pengenalan Xperia 1 Generasi Baru Pada 11 Mei 2023

TechnologyDigital
28 Apr 2023 • 1:09 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sony kini melalui saluran sosial mereka mengumumkan sebuah acara pelancaran peranti yang dijadualkan pada 11 Mei 2023 kelak.

Melalui video acah yang dikongsikan, Sony melabelkannya sebagai “The next ONE is coming…”, sekaligus memberikan petanda mereka akan memperkenalkan telefon pintar mercu dibawah siri Xperia 1 pada acara berkenaan.

Sekiranya tepat, maka kita akan melihat pengenalan Xperia 1 V pada acara berkenaan kelak. Seperti telefon mercu yang lain, kita mungkin melihat penggunaan cip Snapdragon 8 Gen 2 pada telefon ini, disamping kemaskini pada bahagian kameranya.

Sama-sama kita nantikan 11 Mei 2023 ini untuk melihat sendiri apakah kejutan yang disediakan Sony melalui telefon pintar mercu mereka ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved