Sony Xperia 1 V akan dilancar 11 Mei 2023, adakah harganya akan kekal keras?

Digital
28 Apr 2023 • 9:53 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Sony telah menjadualkan satu pelancaran produk pada 11 Mei 2023. Daripada video teaser yang dikongsikan, tidak syak lagi yang ia adalah prekuel kepada Sony Xperia 1 mereka. Berkemungkinan besar model yang bakal tiba ini mendukung nama Sony Xperia 1 V berdasarkan produk-produk mereka yang sedia ada.

Tidak ada banyak maklumay yang ada tentang telefon itu buat masa ini. Tapi, jangkakan ia mengguna pakai SoC Snapdragon 8 Gen 2 kerana model terdahulu sudahpun menggunakan Snapdragon 8 Gen 1.

Sony Xperia 1 IV, generasi terdahulu kepada yang akan datang ini turut dilancarkan pada 11 Mei 2022. Seperti biasa, ia seperti ditujukan pada pengguna yang khusus. Ia masih menampilkan panel paparan 6.5" 4K OLED HDR yang untuk telefon sekecil ini, seperti tiada apa-apa makna.

image is not available
Sony Xperia 1 IV

Pada iterasi itu, mereka turut menambah baik keupayaan kamera seperti kemampuan merakam videok 4K HDR dalam kadar bingkai 120fps. Kamera depan 12MP juga telah ditukarkan kepada sensor yang lebih besar. Itu daripada video, pada segi audio, ia menyokong pensijilan Hi-Res, wireless Hi-Res dan juga LDAC.

Atas papan utama, Sony Xperia 1 IV diperkasa Snapdragon 8 Gen 1 yang dipadankan dengan RAM 12GB dan storan 256GB. Kapasiti baterinya 5,000mAh tapi pengecasan yang disokongnya cuma 30W.

Di Malaysia, Sony Xperia 1 IV dimulakan tempahan awalnya pada 10 Jun 2022 lalu selama sebulan pada harga RM6,099. Harganya memang keras daripada dulu lagi. Adakah Xperia 1 V akan terus mendaki tanda harga?