PlayStation Days of Play tiba lagi hari ini 28 Mei sehingga 11 Jun 2025 dan sempena sambutan ini, Sony memberikan potongan RM239 kepada semua model PlayStation 5 di pasaran Malaysia. Harga jualan semua konsol baharu sepanjang tempoh promosi ini adalah seperti di bawah.
- Sony PlayStation 5 Pro – RM 3610
- Sony PlayStation 5 – RM 2260
- Sony PlayStation 5 Digital Edition – RM 1830

Potongan harga juga diberikan ke atas aksesori PS5 dengan ia sekali lagi mencecah RM239.
- Sony PlayStation VR2 – RM 1860
- Fon telinga Sony Pulse Explore – RM 869
- Sony DualSense Edge – RM 869
- Sony DualSense – RM 315*
- Sony PlayStation Access (alat kawalan OKU) – RM 359
*Harga berbeza mengikut warna
Sebilangan permainan seperti Astro Bot, The Last of Us Part II Remastered, EA SPORTS FC 25, Cyberpunk 2077 dan Hogwarts Legacy juga menerima potongan harga yang menarik menerusi PlayStation Store. Langganan 12-bulan untuk PlayStation Plus juga boleh dapatkan potongan harga sebanyak 33% termasuk juga yang melakukan naik taraf.
Jika anda menanti masa paling tepat untuk membeli konsol PlayStation 5, inilah yang terbaik kerana Sony sudah mula menaikkan harga konsol di beberapa pasaran berikutan tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.



![“Ada Untung Ke?” – Ramai Terkejut Peniaga Jual Cendol Pulut Semangkuk RM1 [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/food.jpeg)