Sony WF-1000XM5 Sekali Lagi Tertiris Mendedahkan Beberapa Spesifikasi

TechnologyDigital
6 Jun 2023 • 2:01 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sony WF-1000XM5 pernah tertiris sebelum ini dengan rekaan yang dikatakan lebih kompak berbanding generasi terdahulu. Ini bermakna, ia juga boleh didatangkan dengan tubuh lebih ringan dan kewujudan desas-desus baharu seakan membenarkan hal ini.

image is not available

Melihat tangkap layar dikongsi, WF-1000XM5 mempunyai berat sekitar 5.9 gram untuk setiap fon telinga, di mana 1.4 gram lebih ringan berbanding WF-1000XM4 sebelum ini. Ia kemudiannya meningkat pula kepada 39 gram dengan pod pengecas, namun masih lebih ringan berbanding 41gram pada WF-1000XM4. Ini bermakna, kita boleh melihat perbezaan saiz agak ketara boleh berlaku selepas ia dilancarkan secara rasmi kelak.

image is not available

Ketahanan bateri sehingga 24 jam pula masih sama seperti WF-1000XM4, namun ia dilihat menerima peningkatan dari aspek pengecasan semula. Di mana, pengecasan selama 3 minit membolehkan masa main balik mencapai 1 jam lamanya. Ini adalah lebih baik berbanding XM-100XM4 sebelum ini yang memerlukan pengecasan selama 15 minit untuk satu jam penggunaan.

Turut dikekalkan adalah sokongan pengecasan nirwayar Qi. Di samping turut sama dimuatkan dengan sokongan sesentuh, kebolehan mengesan pemakaian secara automatik dan ciri multipoint connection yang membenarkan sambungan dua peranti dengan lancar. Namun persoalan mula timbul mengenai tarikh pelancaran rasmi yang kini masih menjadi misteri.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved