Sony WH-1000XM6 Dalam Warna Sand Pink Dilancarkan Pada Harga RM1999

TechnologyDigital
15 Feb 2026 • 10:45 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Sony WH-1000XM6 telah dilancarkan Mei tahun lalu dalam warna Black, Platinum Silver, dan Midnight. Serentak dengan pelancaran fon telinga Sony WF-1000XM6, WH-1000XM6 kini ditawarkan dalam pilihan warna baharu Sand Pink.

image is not available

Hanya warna baharu ditawarkan dengan ia masih XM6 dilengkapi cip Sony QN3 yang menawarkan pemprosesan pembatalan hingar 7x lebih pantas berbanding QN1 yang digunakan XM5. Pemandu audio adalah sebesar 30mm jenis dinamik dengan ia dipadankan dengan 12 mikrofon bagi menyokong ciri ANC lebih baik. Sambungan boleh dilakukan menggunakan bluetooth dan kabel audio 3.5mm.

Sokongan audio Hi-Res Audio, LDAC, DSEE Extreme dan 360 Reality Audio dikekalkan bersama penjejakan lokasi kepala. Bateri boleh bertahan sehingga 30 jam dengan pengecasan 3 minit sahaja boleh menawarkan penggunaan sehingga 3 jam.

Pratempahan Sony WH-1000XM6 dalam warna Sand Pink telahpun dibuka dengan fon kepala dijual pada harga promosi RM1999 yang lebih murah berbanding RM2099 semasa dilancarkan. Fon kepala akan mula diterima pembeli bermula 3 Mac dan mereka akan menerima pengering rambut Dreame bernilai RM299 percuma.