Sony WH-1000XM6 Kembali Dengan Rekaan Boleh Dilipat

TechnologyDigital
12 May 2025 • 8:58 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Minggu lalu spesifikasi Sony WH-1000XM6 tertiris menerusi laman Amazon mendedahkan ia akan mempunyai sistem pembatalan hingar yang lebih baik berbanding XM5. Hari ini rekaan fon kepala mercu ini akhirnya diketahui selepas imej pengolokan rasminya tertiris menerusi laman The Walkman Blog.

image is not available

Berita terbaik ialah XM6 akan mengembalikan rekaan boleh dilipat seperti XM4 yang tidak disokong pada XM5. Ini akan memudahkan fon kepala disimpan dalam saiz lebih kompak bagi menjimatkan ruang. Engsel berhampiran cawan telinga kanan membolehkan XM6 dilipat sama seperti XM4. Berdasarkan gambar hanya cawan telinga kanan boleh dilipat dengan engsel logam digunakan bagi memastikan ketahanan jangka panjang ini dilakukan berkali-kali.

image is not available

Bekas simpanan juga lebih kompak dengan ia mempunyai bahagian penutup bermagnet menggantikan zip. Ia juga kini mempunyai poket untuk menyimpan kabel audio 3.5mm yang tidak lagi mempunyai pintu penutup. Bahagian dalam diperbuat daripada bahan seakan kain felt dengan cangkerang luar daripada bahan kanvas lebih kasar.

Berdasarkan laporan sebelum ini, XM6 akan menggunakan cip QN3 HD Noise Cancelling yang menawarkan pemprosesan pembatalan hingar 7x lebih pantas berbanding QN1 yang digunakan XM5. Pemandu audio adalah sebesar 30mm jenis dinamik dengan ia dipadankan dengan 12 mikrofon bagi menyokong ciri ANC lebih baik. Sambungan boleh dilakukan menggunakan bluetooth dan kabel audio 3.5mm.

image is not available

Sokongan audio Hi-Res Audio, LDAC DSEE Extreme dan 360 Reality Audio dikekalkan bersama penjejakan lokasi kepala. Bateri boleh bertahan sehingga 30 jam dengan pengecasan 3 minit sahaja boleh menawarkan penggunaan sehingga 3 jam.

Sony WH-1000XM6 akan dilancarkan pada 15 Mei pada harga $449.99 (~RM 2155) sebuah sepasang dalam warna Black, Platinum Silver, dan Midnight.