Sony telah mengumumkan harga jualan rasmi untuk peranti baharu Xperia 1V yang dijual pada RM6,399 sebuah. Penantian kini berakhir apabila Sony mengumumkan bahawa peranti tersebut sudah tersedia untuk dibeli di Malaysia.

Setiap pembelian akan didatangkan dengan hadiah percuma menarik berupa set fon kepada nirwayar Sony WH-1000XM5, kerangka premium dan pelindung skrin untuk masa terhad. Sebanyak dua pilihan warna seperti Black dan Khaki Green yang disediakan, jadi anda yang berminat boleh mendapatkkannya menerusi pengedar sah Sony Malaysia.

Sony Xperia 1 V dilengkapi skrin 6.5-inci 4K HDR OLED (3840 X 1644) yang juga menyokong kadar segar semula 120Hz. Ini dipadankan pula dengan cip Snapdragon 8 Gen2, memori 12GB RAM dan storan dalaman 256GB. Tetapan kamera terdiri dengan 52MP + 12MP + 12MP di belakang, sementara itu kamera swafoto pula sebesar 12MP. Turut melengkapi peranti adalah bateri 5000mAh, kalis air IP68 dan bicu audio 3.5mm.
