Qualcomm menerusi kenyataan rasmi mengumumkan lanjutan kerjasama dengan Sony bagi terus menyediakan bekalan cip untuk peranti pintar akan datang milik jenama ini. Pembaharuan kerjasama ini merangkumi kata sepakat diantara kedua-dua pihak untuk beberapa perkara perkara.

Antara yang menjadi tumpuan utama adalah cip pemprosesan Qualcomm akan terus digunakan dalam peranti Sony yang akan datang, sama ada kelas premium atau pertengahan. Kemudian kedua-duanya juga akan sentiasa berusaha menawarkan sesuatu yang unik dan hebat buat para pengguna. Hal ini termasuklah menarik-taraf sejumlah besar fungsi dan prestasi pada peranti bagi memenuhi keperluan serta permintaan pengguna di seluruh dunia.

Xperia 10 V dan Xperia 1 V merupakan dua peranti terkini Sony yang ditawarkan di Malaysia. Cip Snapdragon 8 Gen 2 digunakan pada model Xperia 1 V menjadikannya berada dalam peranti kelas mercu. Sementara itu Xperia 10 V pula sebuah peranti kelas pertengahan dengan cip Snapdragon 695.
