Sony Xperia 10 V Kini Boleh Dibeli Di Malaysia – Berharga RM2,199 Dan WF-C700N Diberi Percuma

TechnologyDigital
6 Aug 2023 • 12:27 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sony kini memaklumkan bahawa peranti baharu Xperia 10V sudah boleh didapati di Malaysia. Dijual pada harga RM2,199, pembelian yang dibuat sekarang hingga 8 September 2023 akan diberikan hadiah percuma menarik, yang berupa fon telinga WF-C700N, kerangka premium dan pelindung skrin. Anda yang berminat boleh mendapatkannya menerusi pengedar sah Sony Malaysia dengan dua warna yang boleh dipilih, sama ada Black atau Lavender.

image is not available

Sony Xperia 10V diumumkan sebagai peranti yang bertubuh kompak menerusi skrin sebesar 6.1″ digunakan. Ini digabungkan lagi dengan panel OLED yang juga menyokong kadar segar semula standard 60Hz. Tunjang utamanya pula dijana oleh cip Snapdragon 695 dengan gabungan memori 6GB RAM dan storan dalaman 256GB.

image is not available

Konfigurasi kamera utama merangkumi 48MP + 8MP + 8MP, sementara itu kamera swafotonya pula sebesar 8MP. Turut disertakan pada peranti ini adalah bateri 5000mAh, pelindungan IP65/68 dan bicu audio 3.5mm.