Sony Xperia 10 VIII Kini Di Malaysia – Harga RM2999

LocalDigital
2 Nov 2026 • 12:31 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sony Xperia 10 VIII Kini Di Malaysia – Harga RM2999

Sony Xperia 10 VIII telah dilancarkan di Malaysia hari ini. Dari segi spesifikasi, model baharu ini masih mengekalkan cip, bateri dan prestasi keseluruhan seperti Xperia 10 VII tahun la hadir dengan skrin 6.1″ OLED yang menyokong kadar segar semula 120Hz serta dengan teknologi Triluminos.

Image from: Sony Xperia 10 VIII Kini Di Malaysia – Harga RM2999

Ini dipadankan dengan cip Snapdragon 6 Gen 3 sama seperti Xperia 10 VII bersama memori 8GB RAM, storan 128GB dan bateri 5000 mAh yang menyokong pengecasan 30W berwayar sahaja. Storan adalah kecil tetapi peranti menyokong kad microSDXC sehingga 2TB.

Kamera utama terdiri daripada sensor ultra lebar 50MP bersaiz 1/1.56 inci serta ultra-lebar 13MP sementara di hadapan pula kamera 8MP digunakan untuk swafoto. Sistem operasi ialah Android 16 dengan sokongan sehingga 4 versi Android dan 6 tahun tampalan sekuriti.

Image from: Sony Xperia 10 VIII Kini Di Malaysia – Harga RM2999

Syarikat itu turut mengekalkan butang pengatup kamera pada sisi kanan, speaker stereo dan bicu audio 3.5mm. Tubuh pula melepasi piawaian kalis air serta debu IP68.

Sony Xperia 10 VIII ditawarkan pada RM2999 di Malaysia dalam warna Frozen White, Frosted Gray dan Misty Lilac. Pembeli awal Xperia 10 VIII di Malaysia akan menerima fon kepala WH-CH730N dan kerangka Style Cover yang bernilai RM768. Tawaran ini terhad sehingga 30 November sahaja.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved