
SOOK: Daerah kecil ini yang bakal dinaik taraf sebagai daerah penuh tidak lama lagi memerlukan hospital pada masa akan datang.
Adun Sook Datuk Ellron Angin berkata, pihak pentadbiran daerah ini bersedia untuk menyediakan tanah seluas 10 hektar kepada kerajaan persekutuan untuk pembinaan bangunan hospital.
Katanya, ini bertepatan dengan penaiktarafan Daerah Kecil Sook kepada daerah penuh, selain keperluan perkhidmatan rawatan kesihatan yang lebih baik kepada rakyat pada masa akan datang.
“Kita bersedia untuk menyediakan tapak kerana kawasan klinik sedia ada masih luas untuk menampung pembinaan bangunan hospital pada masa akan datang,” katanya.


