Perkampungan atlet untuk sukan Olimpik Paris kini dibuka

19 Jul 2024 • 8:50 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

PARIS, 19 JULAI: Perkampungan atlet untuk Sukan Olimpik Paris dibuka pada Khamis, menyambut kedatangan kumpulan pertama 14,000 atlet dan pegawai pasukan yang dijangka tiba, lapor agensi berita Jerman dpa.

Terletak di Daerah Seine-Saint-Denis di luar Paris, perkampungan seluas 52 hektar ini mempunyai 82 bangunan untuk menempatkan para atlet semasa Sukan Olimpik yang akan berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos.

Ia juga akan menampung beberapa ribu kakitangan.

Selepas Olimpik, tapak ini akan diubah menjadi kawasan kediaman dan pejabat baharu dengan kedai-kedai.

Walaupun merupakan salah sebuah kawasan termiskin dan mempunyai kadar jenayah tertinggi di rantau Paris, Saint-Denis telah mengalami peningkatan yang ketara untuk Olimpik, termasuk pembinaan sebuah pusat renang baharu.

Arena kebangsaan Perancis, Stade de France, yang terletak di Saint-Denis, akan menjadi tuan rumah bagi pertandingan olahraga dan majlis penutup Sukan Olimpik.

– BERNAMA-dpa

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved