Sophia Albarakbah dedah pernah disamakan dengan ‘taufu’ sebab lemah lembut semulajadi

EntertainmentLifestyle
16 Aug 2025 • 1:33 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon jelita, Sophia Albarakbah, 32, mengakui sifat lemah lembut yang dimilikinya adalah semula jadi dan bukan dibuat-buat, malah pernah membuatkan dirinya disamakan dengan ‘taufu’ ketika zaman sekolah.

image is not available

Sophia Albarakbah memang introvert dari kecil

Memetik laporan daripada Harian Metro, Sophia menyatakan dirinya memang agak ‘introvert’ sejak dari kecil lagi.

“Saya anak nombor dua daripada empat beradik perempuan. Dari kecil dulu, saya tak bersuara langsung. Orang tanya nama, saya diam.

“Saya ‘introvert’ dan takut orang. Tapi kakak saya berbeza pula, tegas dan berani. Apapun, bila dah makin besar dan terbabit dalam industri ini (seni) takkan sampai bila nak macam itu.

“Tapi kadang-kadang tak ada orang yang saya kenal, macam itulah. Bagaimanapun saya bukan sombong sebab kalau orang tegur, saya akan jawab,” katanya.

image is not available

Sophia Albarakbah dedah kena ‘reject’ jadi pengawas sebab lembut sangat

Dalam pada masa yang sama, Sophia turut berkongsi pengalaman pernah gagal dalam sesi temuduga untuk menjadi pengawas sekolah meskipun ibunya berharap semua anaknya memegang jawatan itu seperti kakaknya.

“Saya ingat masa itu, kakak saya seorang pengawas dan mommy saya pula memang nak semua anaknya jadi pengawas. Kakak saya pun beritahu kepada cikgu.

Tapi saya taknak pun (jadi pengawas). Namun selepas pergi ‘interview’ pengawas itu, kakak saya balik rumah beritahu mommy saya tidak diterima.

Kakak saya cakap pada mommy, cikgu beritahu dia yang saya lembut macam ‘taufu’, tak boleh jadi pengawas. Suara pun tak boleh dengar,” ujarnya.

image is not available

Walau bagaimanapun, Sophia yang baru-baru ini memegang gelaran Selebriti Feminin Terhangat di Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2025, mengambil perkara tersebut dari sudut positif dan menganggap pengalaman tersebut sebagai usaha terbaik untuk memenuhi impian ibunya ketika itu.

Sumber: Harian Metro (Norhayati Nordin)