Sophia Albarakbah Ziarah Kubur Zara Qairina, Netizen Persoal Hal Lain – “Mana Artis Wanita Lain?”

LocalEntertainment
31 Aug 2025 • 10:45 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon Sophia AlBarakbah mencuri perhatian ramai selepas berkongsi videonya melawat pusara Allahyarham Zara Qairina di TikTok.

Menerusi hantaran tersebut, Sophia menulis penuh emosi di mana dia mengharapkan ada keadilan pada kes Zara Qairina ini selain mengharapkan urusan keluarga arwah dipermudahkan.

Perkongsian itu segera dibanjiri komen netizen yang memuji keprihatinan Sophia, malah ada yang menganggap tindakannya sebagai bukti keikhlasan menyokong perjuangan menuntut keadilan untuk arwah Zara.

Menariknya, di sebalik pujian, timbul juga persoalan dalam kalangan warganet mengapa artis wanita lain belum kelihatan melakukan perkara sama.

image is not available

Hantaran Sophia itu kini tular di TikTok, dengan ramai netizen berharap lebih ramai selebriti tampil menyuarakan sokongan terhadap usaha membanteras budaya buli dan menuntut keadilan buat arwah Zara Qairina.

image is not available 2025-08-31 10:21:45

Himpunan Justice For Zara Qairina Di Malam Ambang Merdeka, Ratusan Rakyat Tuntut Keadilan

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved