Vida jumpa ibu Zara Qairina, hujan lebat iringi ke pusara arwah

29 Aug 2025 • 4:23 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Usahawan selebriti, Datuk Seri Vida menuai perhatian ramai apabila terbang ke Sabah demi menziarahi pusara Allahyarham Zara Qairina Mahathir di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Mesapol.

Hujan lebat iringi ke pusara arwah

image is not available

Menerusi hantaran di TikTok, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman berkata keinginan untuk menziarahi pusara Zara hanya tuhan sahaja yang tahu sehingga sanggup ke lokasi arwah disemadikan biarpun pada waktu malam.

@datoserividaofficial

Di pusara, walaupun malam menyelubungi, kasih sayang dan semangat tetap membawa langkah untuk berjuang. Takdir menentukan ianya berlaku di malam hari, meskipun perancangan asalnya di waktu siang #foryourpagе #justiceforzaraqairina #datoserivida #dsv #inifaktabukanplottwist

♬ JUSTICE4ZARAQAIRINA - .•♫•♬• ꋊ꒤ꋪꋬꏂꋊ •♬•♫•.

“Di pusara walaupun malam menyelubungi, kasih sayang dan semangat tetap membawa langkah untuk berjuang.

“Takdir menentukan iainya berlaku di malam hari, meskipun perancangan asalnya di waktu siang,” katanya di TikTok, hari ini.

image is not available

Ibu kepada dua orang cahaya mata itu turut menceritakan pengalaman sepanjang menziarahi pusara arwah malah tidak menyangka kehadirannya disambut baik oleh ahli keluarga dan orang ramai.

“Saya masuk sahaja dari jalan besar ke lorong kubur terus hujan lebat. Hanya tuhan yang tahu gerakan hati saya di sini jadi saya tidak kira walaupun malam saya mesti datang.

“Orang ramai tunggu saya walaupun dah malam, terima kasih banyak yang menyokong dan memberi semangat kepada saya demi perjuangan yang tidak keseorangan ini demi mencari keadilan,” jelasnya.

image is not available

Meninjau ke ruangan komen, warganet memuji ketulusan hati vida dan ada juga yang mendakwa usahawan tersebut turut merasai kehilangan pemergian Zara Qairina kerana pernah diuji dengan kematian anak kandung sendiri.

Malah ada juga wargamaya berharap agar ibu kepada Cik B itu dapat membantu keluarga mangsa menuntut keadilan dan berdoa agar segala urusannya dipermudahkan.

Tahu perasaan kehilangan

image is not available

Harap dato dapat bantu

image is not available

Saya respect dekat Vida

image is not available

Untuk rekod, arwah Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri dalam longkang selepas didakwa terjatuh dari tingkat tiga asrama sekolah di Papar pada pukul 4 pagi, 16 Julai lalu. Zara Qairina disahkan meninggal dunia di HQE pada pukul 11 pagi keesokan harinya.

Sumber: TikTok datoserividaofficial