Sorang lelaki bersama warga emas ditemukan hidup selepas 10 hari banjir dahsyat

6 Sep 2026 • 2:46 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Sorang lelaki bersama warga emas ditemukan hidup selepas 10 hari banjir dahsyat

KATHMANDU: Pasukan penyelamat Nepal menemukan seorang lelaki dan seorang wanita dalam keadaan hidup, 10 hari selepas banjir dahsyat melanda negara itu.

Namun. kira-kira 500 orang masih terperangkap di dalam terowong.

Ratusan orang masih terperangkap di dalam terowong projek hidroelektrik yang tersumbat akibat banjir yang melanda negara itu bulan lalu.

Limpahan air luar biasa yang membawa ais, batu, lumpur dan serpihan di sempadan Nepal-Tibet pada 26 Ogos lalu yang dipercayai berpunca daripada glasier runtuh  telah meragut sekurang-kurangnya 1,300 nyawa, manakala 5,000 lagi masih hilang.

Satu pasukan yang terdiri daripada anggota Tentera Nepal dan pakar asing menyelamatkan lelaki warga China itu dari kedudukan 225 meter di dalam terowong Projek Hidroelektrik Upper Trishuli-1 di daerah Rasuwa, menurut kenyataan tentera.

Gambar yang dimuat naik di laman Facebook tentera menunjukkan lelaki itu, yang hanya dikenal pasti sebagai Luhaitao, disokong oleh dua anggota penyelamat yang memakai pakaian seragam celoreng.

Dia kelihatan sedar tetapi kedua-dua tangannya diliputi lumpur tebal dan basah.

“Keadaan kesihatannya kini sedang dinilai dan operasi mencari serta menyelamat selanjutnya masih diteruskan,” kata tentera.

Lelaki itu merupakan antara ratusan pekerja projek hidroelektrik yang hilang selepas tembok air dan lumpur seperti tsunami melanda kawasan sempadan China-Nepal susulan kejadian tanah runtuh besar yang melibatkan glasier dan batuan.

Kemudian pada hari yang sama, pihak berkuasa berkata, anggota Pasukan Polis Bersenjata Nepal berjaya mengeluarkan Chandrika Shrestha, 64, dalam keadaan hidup dari rumahnya yang tertimbus di daerah Nuwakot.

“Pasukan polis menemui beliau ketika mereka sedang membersihkan kawasan berkenaan. Beliau telah diterbangkan dengan helikopter ke Kathmandu untuk mendapatkan rawatan,” kata Timbalan Penguasa Polis, Iqbal Hawari, kepada AFP.

Video yang dikeluarkan pasukan polis menunjukkan hanya sebahagian daripada rumah itu kelihatan, manakala tingkat bawahnya ditenggelami lumpur tebal. – AGENSI

 

The post Sorang lelaki bersama warga emas ditemukan hidup selepas 10 hari banjir dahsyat appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved