Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads menunjukkan seorang lelaki yang ditemani rakannya sedang melakukan konten berkaitan motosikal.
Namun apa yang membuatkan ramai berang adalah dia melakukannya di kawasan perkuburan dan dipercayai di hadapan kubur arwah ibunya sendiri.
Menerusi video tular itu, kelihatan lelaki berkenaan sedang memulas throttle (pendikit) motosikalnya sehingga ia mengeluarkan bunyi berderum yang kuat sekaligus mengeluarkan asap ekzos yang banyak.
Kapsyen yang tertulis pada video itu juga mengundang kemarahan ramai, “Minta maaf mak anak kamu terlalu rempit.”
Bukan sahaja tidak bertamadun malah menunjukkan sikap biadab terhadap liang lahad ibu di perkuburan Islam tersebut.
Namun begitu, tidak dapat kami pastikan sama ada pusara tersebut benar-benar milik ibunya.
View on Threads
Umat Islam Harus Jaga Adab & Tingkah Laku Ketika Berada Di Tanah Kubur – Pejabat Mufti WP
Memetik Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, setiap muslim harus menjaga adab dan tingkah laku ketika berada di tanah perkuburan kerana ia menjadi simbol bagi memperingati soal kematian dan mendorong manusia ke arah keinsafan kepada Allah SWT.
Tanah perkuburan sepatutnya dihormati dan bukannya tempat untuk melakukan kandungan media sosial yang tidak bermanfaat.
Sebelum ini, pelakon tempatan Janna Nick turut memberi teguran kepada orang ramai agar tidak membuat konten di tanah kubur termasuklah tidak mengambil gambar atau merakam sebarang video.
“Lepas ni semua kawasan tanah perkuburan kena ada tanda ni (larangan ambil gambar dan rakam video). Kubur wei kubur! Bukan tempat orang buat persembahan,” tegurnya.
View on Threads
Baca Artikel Berkaitan: Betul Ke Kita Dilarang Bercakap Dengan Ahli Kubur Ketika Ziarah Pusara? Ini Penjelasannya [Video]
Ramai Tepuk Dahi Lihat Sikap Biadab Lelaki Buat Konten Tak Bawa Faedah Depan Kubur Mak
Seperti yang sudah ramai jangkakan, ruangan balas Threads dibanjiri dengan kecaman orang ramai. Rata-rata warganet dilihat tidak bersetuju dengan tindakan melakukan konten sebegitu rupa di kawasan yang sepatutnya mengingatkan tentang kematian.
“Arwah mak sendiri pun tak tahu nak hormat. Dapatkan bantuan bro, jadi lebih baik,” tegur seorang lelaki.
“Ingat mati ni benda main-main ke?” soal seorang pengguna Threads.
Malah ramai juga mempersoalkan apakah faedah yang diterima daripada melakukan perbuatan keji itu.
“Apa faedah yang kau dapat buat benda macam ni oi?”
“Dia ingat nyawa dia tanpa terhad kot. Jangan sampai motosikal tu juga nanti yang ambil nyawa,” kata seorang individu.
“Sebab Tu Orang Cakap Education Must Win” – Netizen
Sementara itu, ramai juga menekankan pendidikan kerana pembelajaran itulah yang membentuk sahsiah seseorang.
“Sebab tu orang cakap pendidikan mesti menang sebab tak jadi generasi b*d*h macam ni,” tegas seorang wanita.
“Tak ada ada adab weh. Masa sekolah dulu tidur ke? Lepak dengan member dekat tangga ke masa cikgu masuk kelas ajar?”
“Dah rempit satu hal, belajar agama ke tidak entah. Macam tak sebab pergi ziarah kubur ni tak ada adab.”
Berikut antara komen-komen netizen:
![Image from: “Sorry Mak Anak Kamu Terlalu Rempit” – Pemuda Buat Konten Rem Motor Dipercayai Depan Kubur Ibu Undang Kecaman [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/konten-motosikal-depan-kubur-mak-652x1024.jpeg)
![Image from: “Sorry Mak Anak Kamu Terlalu Rempit” – Pemuda Buat Konten Rem Motor Dipercayai Depan Kubur Ibu Undang Kecaman [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/konten-motosikal-depan-kubur-mak-2-1024x881.jpeg)
![Image from: “Sorry Mak Anak Kamu Terlalu Rempit” – Pemuda Buat Konten Rem Motor Dipercayai Depan Kubur Ibu Undang Kecaman [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/konten-motosikal-depan-kubur-mak-3-1024x948.jpeg)
![Image from: “Sorry Mak Anak Kamu Terlalu Rempit” – Pemuda Buat Konten Rem Motor Dipercayai Depan Kubur Ibu Undang Kecaman [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/konten-motosikal-depan-kubur-mak-4-1024x249.jpeg)
![Image from: “Sorry Mak Anak Kamu Terlalu Rempit” – Pemuda Buat Konten Rem Motor Dipercayai Depan Kubur Ibu Undang Kecaman [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/konten-motosikal-depan-kubur-mak-5-1024x259.jpeg)
![Image from: “Sorry Mak Anak Kamu Terlalu Rempit” – Pemuda Buat Konten Rem Motor Dipercayai Depan Kubur Ibu Undang Kecaman [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/konten-motosikal-depan-kubur-mak-6-1024x830.jpeg)
![Image from: “Sorry Mak Anak Kamu Terlalu Rempit” – Pemuda Buat Konten Rem Motor Dipercayai Depan Kubur Ibu Undang Kecaman [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/konten-motosikal-depan-kubur-mak-7-1024x790.jpeg)
Baca Artikel Berkaitan: “Ni Bukan Taman Tema Ya” – Ramai Persoal Tindakan Hias Kubur Guna Lampu Lip-Lap [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Agama Bukan Penghalang” – Keluarga Bukan Islam Ziarah Kubur Arwah Ahli Keluarga Undang Sebak [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Tular Kanak-kanak ‘Lepas Rindu’ Peluk Kubur Ibu, Bapa Tampil Beri Penjelasan [Video]
