“Sorry Mat, Mungkin Belum Rezeki Kita…” – Shuib Dan Mamat Tangguh Tunaikan Umrah, Enggan Terlibat Dengan Agensi Bermasalah

LocalEntertainment
16 Jan 2025 • 11:07 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelawak, Shuib dan Mamat Sepah memaklumkan mereka telah menangguhkan hasrat mereka untuk menunaikan ibadah umrah pada bulan Ramadan seperti yang dirancang.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad berkata, tindakan itu diambil selepas syarikat agensi umrah yang dipilih didakwa tidak telus dalam menguruskan jemaah ke Tanah Suci.

Mungkin belum rezeki kita Mat nak pergi umrah bulan puasa ni. Mulanya semua nampak okay untuk bekerjasama.

image is not available

Tapi bila kita nampak macam-macam masalah yang timbul, jadi kita ambil keputusan untuk tarik diri dari pergi bersama syarikat agensi tersebut.

Perkara ini telah dikongsikan menerusi satu hantaran di Instagram milik pelawak tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Walau bagaimanapun, Shuib tidak menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai agensi yang dikatakan.

Dalam pada itu, dia turut memberi amaran agar syarikat tersebut tidak sewenang-wenangnya menggunakan wajah mereka bagi tujuan mempromosikan pakej umrah mereka.

image is not available

Harap pihak yang berkaitan tidak menggunakan lagi wajah kami untuk sebarang promosi.

Sebelum ini, Mamat meluahkan rasa syukur apabila Shuib bermurah hati menghadiahkan pakej umrah buatnya.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

image is not available 2 months ago

"Kau Ni Normal Ke Tak?" - Ceo Helmie Buat Shuib Bengang Sekali Lagi