“Harap pihak berkaitan tak guna lagi wajah kami” – Shuib & Mamat Tarik Diri Pergi Umrah Dengan Syarikat Viral

Entertainment
16 Jan 2025 • 10:54 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Impian pelawak Shuib dan Mamat untuk menunaikan ibadah umrah pada bulan Ramadan terpaksa lebur berikutan syarikat agensi umrah yang dipilih sedang heboh dengan isu gagal menghantar lebih 300 jemaah ke Tanah Suci.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad yang berkongsi perkara itu berkata, ini kerana terdapat pelbagai masalah yang timbul.

“Mulanya semua nampak ok untuk berkerjasama tapi kita nampak macam-macam masalah yang timbul.

“Jadi kita ambil keputusan untuk tarik diri dari pergi bersama travel agency tersebut. Mungkin belum rezeki kita Mat nak pergi umrah bulan puasa ini,” katanya.

image is not available

Shuib dilihat sedang memujuk Mamat yang kelihatan sedih kerana terpaksa melupakan hasrat itu tanpa berkongsi lanjut mengenai agensi tersebut.

Pada masa yang sama, Shuib juga berharap agar syarikat berkenaan tidak menggunakan wajah mereka sebagai bahan mempromosikan pakej umrah.

“Harap pihak yang berkaitan tidak menggunakan lagi wajah kami untuk sebarang promosi.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Sebelum ini, Shuib membuatkan kejutan untuk membawa Mamat dan isterinya ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah bersama.

Mamat yang begitu gembira dengan berita itu tidak dapat menahan sebak sekali gus mendoakan sahabatnya itu sentiasa dimurahkan rezeki.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.