“Sorting hat ke tu?” – Ritual Aneh Tarik Perhatian, Netizen Kata Macam ‘Harry Potter’

Entertainment
26 Feb 2024 • 11:25 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Suka ataupun tidak, kita terpaksa menerima hakikat terdapat pelbagai kepercayaan yang diamalkan di muka bumi ini, meskipun ianya sesuatu yang ‘lain’ serta luar dari kebiasaan.

Baru-baru ini, tular di aplikasi X sebuah video yang memaparkan satu ritual pelik yang melibatkan seorang lelaki yang kelihatan seperti sedang dirawat oleh seorang ‘pakar’ dengan memakai satu bentuk topi yang sangat tinggi dan berwarna hijau.

Dapat dilihat daripada video tersebut, ianya seperti satu ritual yang diadakan di Asia Tenggara berdasarkan dari cara pemakaian serta rupa orang yang berada di situ.

“Macam sorting hat Harry Potter”

Buat peminat siri filem Harry Potter, pasti tahu dengan sorting hat yang digunakan bagi menentukan rumah di sekolah wizard tersebut.

Ritual dalam video yang tular itu disamakan dengan scene dalam filem tersebut dan sudah pastinya ia menarik perhatian netizen.

image is not available

Malah, ada juga netizen yang berkata jika mereka berada di situ untuk melihat ritual tersebut pasti mereka tidak dapat menahan ketawa.

Setakat aritkel ini ditulis, masih belum ada perincian tepat mengenai di mana ritual itu diadakan.

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article