Soundcore Space 2 Dilancarkan Dengan ANC dan Bateri 70 Jam

TechnologyDigital
2 Mar 2026 • 4:25 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Fon kepala dengan sistem ANC padu dan bateri tahan lama dahulunya hanya eksklusif daripada jenama besar seperti Sony dan Bose. Tetapi dengan teknologi ini sudah semakin lazim, pengguna tidak lagi perlu berbelanja lebih untuk ciri yang sama. Di MWC Barcelona, fon kepala Soundcore Space 2 dilancarkan dengan sistem ANC serta bateri yang boleh bertahan sehingga 70 jam.

image is not available

Seperti siri Sony XM1000 dan Bose QuietComfort, Space 2 menyasarkan pengguna yang memerlukan fon kepala yang selesa dipakai untuk perjalanan jauh. Busa memori pada cawan telinga dipadankan dengan pemandu 40mm diafragma sutera, logam dan seramik.

Sistem Adaptive ANC mempunyai empat tahap meredam bunyi dengan ia mampu menghalang bunyi kapal terbang, getaran kenderaan dan ruang pejabat yang bising. Dengan ANC diaktifkan bateri boleh bertahan selama 50 jam dan meningkat ke 70 jam tanpa ANC. Terdapat mod mengkatifkan bunyi menenangkan seperti sungai, hujan dan salji. Ia turut boleh memainkan audio nirhilang serta sokongan codec LDAC.

Walaupun mempunyai pelbagai ciri mercu, Soundcore Space 2 dijual harga hanya $130 (~RM 511) sepasang.