PLUS Menutup Lorong Tambah Nilai Touch ‘n Go Sehingga 3 Februari

TechnologyDigital
23 Jan 2020 • 4:41 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Perayaan Tahun Baru Cina akan disambut hujung minggu ini dan kami yakin ramai yang telah mula kembali ke kampung halaman sejak semalam Tetapi sebelum memasuki tol milik PLUS, harus diingatkan perkhidmatan tambah nilai kad Touch ‘n Go akan ditutup pada lorong masuk di kesemua tol bermula 22 Januari sehingga 3 Februari 2020.

image is not available
Langkah ini dilakukan oleh pihak PLUS setiap musim perayaan bagi mengurangkan kesesakan. Sebelum ini PLUS telah menghentikan perkhidmatan tambah nilai Touch ‘n Go pada lorong keluar sejak 5 November yang lalu.

Pada musim perayaan kali ini, sebanyak 2 juta kenderaan dijangka akan menggunakan lebuh raya PLUS terutama sekali pada waktu puncak iaitu pada 22, 23, 24, 27, 28 dan 31 Januari serta 1 Februari yang akan datang.

PLUS menasihatkan agar pelanggan merancang perjalanan mereka dan paling utama, menambah nilai kad Touch ‘n Go mereka lebih awal selain memastikan kad mereka mempunyai baki yang mencukupi. Mereka boleh menggunakan aplikasi Waze untuk mencari tempat tambah nilai yang tidak mengenakan caj perkhidmatan.

PLUS masih belum boleh menggunakan perkhidmatan e-Wallet PayDirect pada ketika ini kerana ia hanya akan diaktifkan bermula 1 Januari 2020 kelak menerusi lorong RFID.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved