SpaceX ingin menjadi syarikat kecerdasan buatan (AI) dan robotik dengan sistem roket yang digunakan sekarang pula digunakan untuk melancarkan pusa data AI di angkasa mereka. Mereka kini menyasarkan pelancaran ujian awal infrastruktur pengkomputeran AI angkasa lepas pertama mereka menjelang penghujung 2027. Ini adalah lebih awal daripada pelan asal awal 2028 yang dinyatakan dalam dokumen penyenaraian IPO.

Dalam dokumen yang sama SpaceX mendakwa Dalam mereka adalah “satu‑satunya syarikat dengan keupayaan komersial untuk membina pusat data di orbit pada skala besar”. SpaceX telahpun memohon kebenaran untuk melancarkan sehingga 1 juta satelit pusat data ke orbit.

Versi pertama satelit AI dijangka menggunakan cip NVIDIA. Mac lalu NVIDIA mengumumkan Modul pertama ialah modul NVIDIA Space-1 Vera Rubin Module yang direka khusus untuk kegunaan pusat data AI di angkasa. Sebelum itu Starcloud berjaya melancarkan satelit AI pertama ke orbit pada penghujung 2025 dilengkapi GPU NVIDIA H100.
Idea pusat data AI di angkasa tumbuh daripada isu kekurangan tanah, sumber kuasa dan penggunaan air tinggi oleh pusat data di muka bumi. Secara teorinya pusat data AI angkasa tidak memerlukan sistem penyejukan cecair dan sumber kuasa tanpa had boleh diambil daripada matahari.
Sumber – Reuters



